welcome,, see my blog... be my friend... it's all about me...

Followers

Sunday, February 27, 2011

PETUA NENEK - AWET MUDA!

Kcantikan sememangnye sinonim dgn kaum wanita.Wanita juga ingin sentiasa cantik dipandangan mata setiap orang.Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang kali oleh ibu @ nenek kita,namun tidak ramai yang menjadikannya sebagai satu amalan.Oleh itu petua ini sangat berguna kerana ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian hanya dengan menggunakan panduan-panduan ringkas yang dipaparkan dalam blog ini.

Petua awet muda

-Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.-Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Petua cantik semulajadi

-Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.-Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas.

No comments:

Post a Comment